Sunday, 20 January 2019

Ajar si cilik bersih diri



Ajar si cilik bersih diri



15.png
Antabax menganjurkan Kempen Kesedaran dan Pendidikan Amalan Bersih si Cilik (ABC) dengan kerjasama rantaian tadika R.E.A.L Kids bagi mengekang penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Kempen berkenaan mengetengahkan platform interaktif dalam kalangan kanak-kanak prasekolah, ibu bapa termasuk kakitangan institusi berkenaan dalam meningkatkan kesedaran mengenai masalah penyakit terbabit yang kian serius.

Tahun ini saja antara Januari hingga Ogos, kes meningkat lebih sekali ganda menerusi 55,391 kes termasuk satu kematian berbanding 24,398 kes pada tahun lalu.

Menurut Pengurus Besar Kanan, Penjagaan Peribadi dan Isi Rumah Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd Francis Ng, pihaknya menggerakkan sumber yang ada dalam membantu komuniti kerana semakin ramai kanak-kanak prasekolah dan murid sekolah rendah dijangkiti penyakit itu.

“Kami memahami perasaan komuniti, terutama keluarga yang dijangkiti penyakit ini. Kesan dapat dilihat termasuk ke atas sosioekonomi komuniti kerana ibu bapa terpaksa mengambil cuti untuk menjaga anak yang sakit.

“Manakala sekolah yang terjejas teruk perlu ditutup sementara sehingga 10 hari untuk mengurangkan jangkitan. Usaha bersepadu daripada semua pihak perlu dalam mengurangkan penyebaran HFMD, pada masa sama membentuk tabiat kesihatan yang baik,” katanya.

Peranan proaktif dijalankan Antabax termasuk berkongsi tip kesedaran mengurangkan penularan HFMD di platform media sosialnya, Facebook dan Instagram.

Kandungannya termasuk cara membersihkan tangan dengan betul agar ibu bapa, guru dan penjaga boleh berkongsi pengetahuan ini dengan rakan mereka dalam langkah mengurangkan risiko jangkitan HFMD.

“Selain itu kami turut melakukan sumbangan produk seperti sabun cecair, sabun buku, krim mandian, tisu, gel dan penyembur pembasmi kuman kepada murid prasekolah di kawasan yang mempunyai kadar jangkitan yang tinggi, selain mengadakan bengkel pendidikan bersama mereka.

“Bagi institusi terpilih termasuk prasekolah, kami akan mendidik kanak-kanak mengenai cara mengurangkan risiko jangkitan dan penyebaran HFMD. Penting bagi anak-anak ini membersihkan tangan dengan betul apatah lagi menggunakan produk kami yang diyakini mampu membunuh sehingga 99.9 peratus kuman,” katanya.

Ketua Pegawai Operasi R.E.A.L Education Group Sdn Bhd Kenny Sim berkata, program sebegini mampu menyuburkan tabiat amalan penjagaan seawal usia kecil lagi.

“Pendekatan menarik apabila dimuatkan dengan unsur nyanyian dalam panduan tujuh langkah cara mencuci tangan membantu anak didik lebih mudah faham dan mengingati setiap rutin berkenaan. Mereka lebih teruja dan gembira untuk mengekalkan budaya baik.

“Saya diberitahu pusat di mana program berkenaan dijalankan, murid-murid mula mengamalkan tabiat kebersihan ini,” katanya.

Apa itu HFMD?

HFMD ialah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan virus daripada kumpulan enterovirus. Ia dipindahkan menerusi hubungan langsung dengan mukus, air liur, cecair lepuh dan najis individu yang dijangkiti HFMD.

Siapakah yang paling mudah terjejas?

Penyakit berjangkit seperti ini memberi kesan kepada bayi dan kanak-kanak berusia bawah lima tahun kerana tubuh mereka masih belum mempunyai imuniti ke atas virus yang menyebabkan HFMD. Orang dewasa juga boleh dijangkiti virus HFMD.

Tanda dan simptom HFMD

Simptom awal demam yang biasanya diikuti sakit tekak, hilang selera makan dan rasa tidak selesa. Selepas sehari dua, ulser yang sakit akan timbul di dalam mulut dan tekak, bintik-bintik merah muncul pada tapak tangan serta tapak kaki yang kemudian mungkin bertukar menjadi lepuh. Gejala ini berbeza dalam kalangan kanak-kanak.

Rawatan HFMD

Tiada sebarang ubat atau vaksin khusus untuk HFMD. Penyakit itu sembuh secara semula jadi dan ramai doktor tidak memberikan ubat untuk penyakit ini.

Ubat mengurangkan demam dan mandian air suam boleh membantu menurunkan suhu badan. Makanan sejuk seperti ais krim atau ‘smoothies’ juga boleh membantu melegakan sakit tekak pesakit yang biasanya mengalami kesukaran untuk menelan makanan. Mereka yang terjejas dinasihatkan supaya minum banyak air untuk mengekalkan penghidratan.

Cara menghalang penyebaran HFMD

Risiko dijangkiti HFMD atau penyakit berjangkit lain boleh dikurangkan menerusi amalan kebersihan yang baik. Misalnya membasuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air terutama selepas menyentuh kudis atau lepuh, pergi ke bilik air, menukar lampin bayi dan juga sebelum menyediakan makanan dan makan, serta sebelum memberi makan kepada bayi.


Sunday, 29 April 2018


Solat zohor berjemaah di Surau Alfirdaus...dup dap ..2/mei/2018  pantauan surau firqah 4...









Persedian mahrajan jqaf ,Kalam jama'i dan dikir barat....






Semoga kalian beroleh kejayaan dalam saringan nanti....


Majlis penyerahan sijil dan trofi mtq 2018...TAHNIAH kepada semua peserta dan tahniah juga pada kerjabuat semua guru pembimbing .. you all awesome..









Majlis pecah tanah Surau baru Surau alfirdaus.... 2017






Monday, 17 July 2017

PELANCARAN PROGRAM PPDA


 Coretan sepanjang program....


Murid mambaca ikrar antidadah...

gimik daripada murid sktd...

perasmian oleh pihak pentadbir, 

persembahan murid...


DADAH & ROKOK 


Dari Meja Mufti:


Jenis-Jenis Penyakit Akibat Merokok
Terdapat banyak jenis penyakit akibat daripada merokok. Antaranya:
  • Kanser kerongkong: Asap rokok yang disedut akan melalui kerongkong dan menjadi punca kanser.
  • Kanser mulut: kesukaran untuk makan kerana kesakitan yang berpanjangan.
  • Katarak: Sejenis penyakit mata yang menyebabkan kanta mata menjadi legap dan rabun.
  • Ulser Perut: Masalah makanan yang tidak hadam, perut yang tidak selesa selepas memakan makanan yang banyak dan sakit atau pedih ulu hati.
  • Penyakit Jantung: Aktiviti harian yang terhad. Risiko kematian yang tinggi
  • Strok: Penyakit gangguan fungsi otak yang berlaku secara tiba-tiba.
Fatwa Mengenai Rokok
Kami nyatakan di sini senaraian fatwa ulama’ berkenaan dengan hukum merokok samada yang terdahulu atau masakini.
  • Imam Syafie telah menyatakan dalam kitabnya yang masyhur al-Umm
“Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu atau disedut) yang boleh memabukkan, perbuatan itu adalah jelas haram.”
firman Allah SWT:
وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ
Maksudnya:… Ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk…”
       (Surah al-A’raf 7:157)

Jalan Penyelesaian
Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan. Antara yang dicadangkan adalah:[3]
  • Tetapkan tarikh untuk berhenti
  • Yakin diri
  • Buatkan nota peringatan
  • Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Gunakan terapi penganti nikotin
  • Amalkan 12M untuk berhenti merokok
Tip Berhenti Merokok 12 M :
  • Melengah-lengahkan
Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
  • Menarik nafas panjang
Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
  • Minum air
Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
  • Menyibukkan diri
Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
  • Menjauhkan diri
Daripada orang yang merokok
  • Mengelakkan diri
Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
  • Mengunyah sesuatu
Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
  • Membasuh tangan selalu
  • Mandi dengan kerap
  • Meregangkan otot
Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
  • Meditasi
  • Memohon doa
Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha
Penutup
Menyebut amat mudah sekali, namun belum tentu mudah untuk melaksanakannya. Walaupun sudah terlalu banya fakta mengenai kesan tabiat merokok dengan komplikasi kesihatan, adakalanya ia sekadar dibaca tetapi tidak diaplikasikan dalam kehidupan. Malah kaitan kesan penggunaan tembakau dengan komplikasi kesihatan sebenarnya sudah mula diperkatakan sejak tahun 1600.
Akhir sekali, marilah sama-sama kita berganding bahu dan bekerjasama untuk membuang tabiat merokok dalam masyarakat kita di Malaysia. Perlu diingat penyakit jangan dicari kerana akibatnya amat buruk pada kesudahannya. Marilah sama-sama kita menginsafi diri untuk membuang tabiat yang buruk ini. Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita dalam melayari bahtera kehidupan mengikut yang diredhai-Nya. Amin.
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan