Dalam perspektif Islam, tawakal bererti sikap berserah diri kepada Allah S.W.T, yang bersumber daripada kesedaran bahawa Allah S.W.T adalah zat yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Maka, tiada daya atau kekuatan semua makhluk kecuali milikNya. Namun, tawakal kepada Allah tidak bererti penyerahan diri secara pasif, sebaliknya harus disertai oleh usaha.
Peperiksaan UPSR berakhir hari ini...maka berakhirlah segala usaha dan penat lelah murid- murid cikgu di sktd. semoga segala ilmu yang di perolehi di curahkan terus dalam lembaran kertas peperiksaan dengan penuh yakin dan semangat. Usaha seterusnya maka berserah dan tawakallah pada Allah S.W.T ...cikgu-cikgu SKTD mendoakan kejayaan kalian...