Murid mambaca ikrar antidadah... |
gimik daripada murid sktd...
perasmian oleh pihak pentadbir,
persembahan murid...
DADAH & ROKOK
Dari Meja Mufti:
Jenis-Jenis Penyakit Akibat Merokok
Terdapat banyak jenis penyakit akibat daripada merokok. Antaranya:
- Kanser kerongkong: Asap rokok yang disedut akan melalui kerongkong dan menjadi punca kanser.
- Kanser mulut: kesukaran untuk makan kerana kesakitan yang berpanjangan.
- Katarak: Sejenis penyakit mata yang menyebabkan kanta mata menjadi legap dan rabun.
- Ulser Perut: Masalah makanan yang tidak hadam, perut yang tidak selesa selepas memakan makanan yang banyak dan sakit atau pedih ulu hati.
- Penyakit Jantung: Aktiviti harian yang terhad. Risiko kematian yang tinggi
- Strok: Penyakit gangguan fungsi otak yang berlaku secara tiba-tiba.
Fatwa Mengenai Rokok
Kami nyatakan di sini senaraian fatwa ulama’ berkenaan dengan hukum merokok samada yang terdahulu atau masakini.
- Imam Syafie telah menyatakan dalam kitabnya yang masyhur al-Umm
“Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu atau disedut) yang boleh memabukkan, perbuatan itu adalah jelas haram.”
firman Allah SWT:
وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ
Maksudnya:… Ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk…”
(Surah al-A’raf 7:157)
Jalan Penyelesaian
Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan. Antara yang dicadangkan adalah:[3]
- Tetapkan tarikh untuk berhenti
- Yakin diri
- Buatkan nota peringatan
- Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Gunakan terapi penganti nikotin
- Amalkan 12M untuk berhenti merokok
Tip Berhenti Merokok 12 M :
- Melengah-lengahkan
Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
- Menarik nafas panjang
Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
- Minum air
Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
- Menyibukkan diri
Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
- Menjauhkan diri
Daripada orang yang merokok
- Mengelakkan diri
Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
- Mengunyah sesuatu
Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
- Membasuh tangan selalu
- Mandi dengan kerap
- Meregangkan otot
Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
- Meditasi
- Memohon doa
Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha
Penutup
Menyebut amat mudah sekali, namun belum tentu mudah untuk melaksanakannya. Walaupun sudah terlalu banya fakta mengenai kesan tabiat merokok dengan komplikasi kesihatan, adakalanya ia sekadar dibaca tetapi tidak diaplikasikan dalam kehidupan. Malah kaitan kesan penggunaan tembakau dengan komplikasi kesihatan sebenarnya sudah mula diperkatakan sejak tahun 1600.
Akhir sekali, marilah sama-sama kita berganding bahu dan bekerjasama untuk membuang tabiat merokok dalam masyarakat kita di Malaysia. Perlu diingat penyakit jangan dicari kerana akibatnya amat buruk pada kesudahannya. Marilah sama-sama kita menginsafi diri untuk membuang tabiat yang buruk ini. Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita dalam melayari bahtera kehidupan mengikut yang diredhai-Nya. Amin.
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan